Peruncit barangan sukan nombor 1 di Malaysia, Al-Ikhsan Sports, mengadakan kempen ‘Pengalaman Sukan Paling Hebat’ sempena 30 tahun penubuhan mereka.
Bermula Julai 2023, pelanggan yang membuat pembelian serendah RM100 layak untuk memenangi hadiah bulanan dan utama yang cukup lumayan.
Berkonsepkan lebih banyak anda belanja, lebih besar peluang untuk menang, kempen ini akan berlangsung selama 9 bulan dan perbelanjaan terkumpul paling banyak akan diangkat sebagai pemenang.
Antara hadiah yang ditawarkan ialah percutian ke Paris, German dan Anfield / Liverpool yang bernilai RM25,000 hingga RM 50,000.
Menariknya, hadiah percutian juga bukan biasa-biasa tetapi pemenang berpeluang menghadiri Majlis Pembukaan Sukan Olimpik 2024, menonton perlawanan peringkat kumpulan dan akhir UEFA 2024 serta menonton perlawanan Liga Inggeris.
Selain itu, pelanggan bertuah juga berpeluang memenangi F1 VIP Pass + trip 2024 bernilai RM12,500, pengalaman perlumbaan di Sepang International Circuit bernilai RM10,000, empat baucar tunai Al-Ikhsan berjumlah RM7,500 dan hadiah bulanan termasuk telefon pintar serta barangan elektrik.
Bersempena sambutan ulangtahun yang ke 30 ini, Al-Ikhsan Sports turut mengeluarkan edisi khas produk seperti jersi, botol air dan beg wocen yang berharga RM29.99 RM9.99 dan RM3.99 yang boleh dijadikan tanda mata daripada syarikat itu.
Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang Al-Ikhsan di https://www.al-ikhsan.com/
Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif, Al- Ikhsan Sports, Vach Pillutla berkata, mereka sentiasa meletakkan pengguna sebagai keutamaan.
“Pertama sekali, terima kasih yang tidak terhingga kepada peminat dan pengguna Al-Ikhsan Sports yang telah memberikan kepercayaan mereka selama 30 tahun ini!
“Rakan-rakan, kepercayaan hanya boleh dibina dengan adanya niat yang baik, kejujuran, integriti dan perkongsian di kedua-dua belah pihak.
“Pengguna adalah keutamaan kami, bagi Al-Ikhsan produk berkualiti pada harga berpatutan adalah tanda kami sentiasa mendahulukan pelanggan,” katanya ketika majlis pelancaran kempen dan ulangtahun ke-30 jenama tersebut di IOI Mall Putrajaya, pada Khamis.
Kempen tersebut telah dilancarkan dengan kehadiran dua duta Al-Ikhsan Sports iaitu, penyanyi dan pelakon popular Alif Satar dan jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang. – JURNAL