Satu objek mencurigakan disyaki bahan letupan ditemui di bahagian bawah kereta milik peguam, Siti Kassim.
Bahan itu ditemui ketika peguam terbabit menghantar kereta jenis Toyota Celica miliknya untuk diselenggara di pusat servis dekat Jalan Maarof, di sini.
Objek mencurigakan itu dikesan seorang mekanik selepas kereta berkenaan diangkat oleh mesin sebelum ditemui di tayar belakang.
Ketika ini polis menutup sebahagian laluan berhampiran, selain Unit Pemusnah Bom (UPB) sedang melaksanakan kerja-kerja pemeriksaan. – JURNAL
Sumber: BH ONLINE