Sejak empat hari lalu, Ketua Wanita Parti Perikatan Nasional, Rina Harun dilihat kembali aktif di semua platform media sosial miliknya.
Bagaimanapun, dalam kebanyakan hantaran dikongsi, kandungan video ucapan Maal Hijrah bekas Menteri Wanita dan Keluarga itu yang menjadi bualan netizen.
Menyusuri ruangan komen, rata-rata pengguna laman sosial menegur bentuk dagu Rina yang didakwa berbeza berbanding dahulu.
Selain dagu, ada juga yang meninggalkan komen menyindir Rina kerana tiba-tiba muncul setelah sekian lama.
Malah ada yang mendakwa Rina kembali memeriahkan media sosial hanya kerana Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Terdahulu, menerusi video tersebut, Rina mengucapkan salam tahun baru kepada seluruh rakyat Malaysia dan berharap agar tahun ini membawa kebahagiaan dan keberkatan buat semua.
Rina kali terakhir dilihat mengemaskini akaun media sosial miliknya adalah pada 20 November tahun lalu ketika tewas dalam Pilihanraya Umum (PRU) ke-15 di Parlimen Sepang.
Bagaimanapun empat hari lalu Rina muncul memuat naik hantaran berkaitan aktiviti politiknya.
Antaranya pelancaran jentera pilihanraya Wanita Perikatan Nasional Negeri Selangor di Sabak Bernam.
Beberapa tahun lalu nama Rina pernah menjadi bualan hangat netizen apabila tubuhnya yang berisi susut dalam sekelip mata.
Ketika itu ramai yang mendakwa Rina menjalankan pembedahan ‘memotong perut’ untuk kurus secara ‘ekspress’.
Beliau bagaimanapun tidak pernah memberikan sebarang komen mengenai kontroversi tersebut. – JURNAL