Seorang wanita berkongsi rasa sedih apabila dua ekor kucing kesayangannya mati ditelan dan dibelit ular sawa.
Wanita tersebut yang menggunakan nama Eayazainuddin di TikTok, dilihat meraung sambil ditenangkan seorang individu lain dipercayai ibunya.
Menerusi video yang dikongsi, Eayazainuddin memberitahu seekor kucingnya telah dibelit dan seekor lagi telah ditelan.
“Dua ekor kucing Kak Cha mati. Seekor kena belit. Seekor dalam perut ular. Lagi sakit bila anak Haehae tengok Haehae kena belit,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Sementara itu di ruangan komen, ramai yang bersimpati dengan Eayazainuddin dan meminta dia bersabar.
Malah ada juga yang memahami emosi Eayazainuddon ketika itu.
“Faham perasaan dia. Tengok kucing kena telan, kena belit…Sabar ya,” komen seorang pengguna TikTok.
“Pencinta kucing sahaja tahu perasaan dia macam mana, sakit kehilangan…,” kata seorang lagi.
“Macam ini lah aku pernah menangis masa kucing kesayangan aku pergi, meraung-raung panggil nama dia balik. Tak lama kemudian Allah gantikan balik dengan bagi zuriat yang enam tahun aku dah tunggu,” tulis seorang lagi.
Sehingga artikel ini ditulis, video tersebut telah ditonton sebanyak 4.9 juta kali dengan 424,300 tanda suka dan dikongsi 32,100 pengguna TikTok. – JURNAL