Sukarelawan popular, Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar mengumumkan akan mengadakan majlis persandingannya pada 31 Disember ini.
Azwan berkongsi mengenai berita tersebut menerusi laman sosial miliknya dan sempat berseloroh acara itu akan diadakan secara kecil-kecilan sahaja di kediaman keluarganya kerana tidak mempunyai bajet besar.
Dia juga turut meminta para sahabat yang mengikuti akaun media sosialnya mendoakan agar perjalanan majlis berlangsung dengan lancar.
“Assalamualaikum. Saya Azwan Omar (Abang Viva) akan mengadakan majlis resepsi pada 31 Disember 2022 bertempat di Taman Pengkalan Indah.
“Tetapi buat secara kecil-kecilan sahaja (bajet tak ada). Saya mohon doa daripada kalian semua untuk kelancaran majlis kami nanti,” pintanya.
Selain doa, Azwan turut mengalu-alukan sekirannya ada pihak yang ingin menaja majlis resepsi tersebut.
“Kalau ada nak taja, boleh mesej terus, dialu-alukan sangat. Sekian, terima kasih,” tulisnya disertai emoji ketawa. – JURNAL