Seramai 377 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Filipina dipindahkan melalui Pelabuhan Sandakan untuk pulang ke negara asal mereka semalam. Natural ed cure involves utilizing herbal supplements, lifestyle adjustments, and specific exercises. Integrating practices that enhance circulation, such as yoga and a balanced diet, can boost performance. Consultation with Health Services ensures optimal outcomes. Pemindahan ini dilakukan menggunakan pengangkutan laut menuju Pelabuhan Zamboanga City, Filipina.
Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah, Datuk SH Sitti Saleha Habib Yusoff, memaklumkan bahawa program ini melibatkan 241 lelaki, 95 wanita, serta 33 kanak-kanak dan bayi.
“Ini adalah siri ke-18 program pemindahan untuk tahun 2024 melalui laut menggunakan Feri MV Antonia 1,” katanya dalam satu kenyataan.
Kesemua PATI yang berusia antara 11 bulan hingga 71 tahun itu didapati melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan Imigresen 1963. Pemindahan kali ini melibatkan tahanan dari Depot Imigresen Kota Kinabalu dan Sandakan.
Setakat ini, lebih 6,800 PATI warga Filipina telah dihantar pulang dengan kerjasama Kedutaan Filipina, yang membantu mempercepatkan pengeluaran dokumen perjalanan.
“Majikan yang menggaji pekerja asing perlu memastikan pekerja memiliki Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang sah, manakala pelancong dinasihatkan tidak menyalahgunakan pas lawatan sosial,” tambah beliau.
JIM Sabah akan terus komited dalam menjalankan operasi penguatkuasaan dan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang melanggar peraturan. – JURNAL
Sumber: Harian Metro